Pening pale la pulok!! Sape ade idea buat duit ?
Posted March 11th, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Adeh , kali ni x tau nak post pasal ape. Sebab kepala tengah serabut jugak ni, tambah-tambah lagi esok nak ambik keputusan SPM. So, sementara tunggu nak ambil result tu, saya just kaji-kaji sahaja tentang idea-idea bisnes yang baru. Ada dapat beberapa dan insyaAllah akan diaplikasikan.
Aduii, pening pale ni. Ade sape-sape tahu cara-cara untuk hilangkan pening kepala ni? Mungkin banyak sangat fikir pasal IM kot, mungkin terpaksa kurangkan lepas ini.
Sebenarnya post kali ini saja je nak borak, so bahasa tu sempoi sikit la. Ok kita masukkan sedikit tip bisnes. Di zaman kegawatan sekarang ini, bagaimana korang rasa cara terbaik untuk buat duit ? Tak kira la online ke, offline ke..yang penting dapat hadapi kegawatan ekonomi ini.
Sebenarnya , sekarang ini kena mula cari idea untuk bisnes ribu-ribu. Tak boleh main kecil-kecil punya. RM10 pun akan jadi kecil nilainya tak lama lagi. Harap anda semua ada pelan bagi menghadapi semua itu. Kalau untuk sekarang ini, aku harap dapat bantu mak ayah aku . Mesti balas jasa diorang. Aku kena cari duit banyak-banyak sebagai salah satu cara untuk kurangkan beban
Buat duit di internet sekarang ini sudah menjadi semakin kompetitif lebih-lebih lagi di peringkat global. Jadi untuk itu, ramai IM tempatan sekarang banyak tumpu pada pasaran tempatan. Korang rasa apa idea-idea buat duit untuk pasaran tempatan ?
Ini hasil pemerhatian aku untuk cara buat duit yang popular sekarang:
- Seminar
- Personal Coaching
- Ebook
Jadi kalau kita lihat ebook sudah semestinya bersepah-sepah di internet. Jadi alternatif mereka ialah mengadakan seminar dan personal coaching. Selalu yang buat semua ini kebanyakannya Internet Marketer yang establish kerana mempunyai reputasi yang baik.
Jadi ada sesiapa lagi yang ada idea tentang konsep perniagaan yang baik? Sila-silalah kongsi bersama ![]()

Sapikk
March 11th, 2009 at 10:56 pm
Klo ko perasan, sejak akhir2 ni, ramai ahli2 WC wat seminar tol x? da la serentak belake.. hoho
Bagi aku.. jual domain adalah mende yg paling bez dan masyuk.. tutup mate..cube fikir 1 nama yg bez.. bukak komputer, try google.. then mixed kan kt whois.. nnti jumpe la domain yg nk di belikan tu..hehe pastu.. sedo la.. hehe
Kaiba910
March 12th, 2009 at 12:20 pm
Hehe ade satu cara lagi….tapi tak boleh reveal sekarang
. Nak? Ko kena admit MU lemah dulu…wahaha
Sapikk
March 13th, 2009 at 12:23 am
oh.. duit punye psl.. aku x kesah… ok.. MU lemah.. cpt bg taw!
pencarimaklumat_2020
March 14th, 2009 at 3:07 am
jap2. ei kaiba, ko dapat berapa SPM ari tu?
hehehe
soalan cepumas ni….
Kaiba910
March 14th, 2009 at 8:16 am
Alhamdulillah bro…dpt 10A
Kaiba910
March 17th, 2009 at 9:24 am
Sapikk: Pm aku kat WC, ni just tip je
Sapikk
March 17th, 2009 at 4:30 pm
ok..aku da PM….
NaDiaH KaRiM
March 20th, 2009 at 12:06 pm
Aii..bisik2 berdua jer..bagi tau la kat org sini skit org di sana… :p
Kaiba910
March 20th, 2009 at 12:22 pm
Hehe yg ni x termasuk dalam ape2 pun……secret2 je…lol….x termasuk dlm produk atau update formula X pun….tapi berkaitan dengan domain….dan ni la sebab kadang2 bid domain boleh sampai riban2
sevene
April 21st, 2009 at 2:31 pm
Jual domain dah webhosting dapat komisen bulanan tanpa henti..amacam?