Misi Berjaya
Posted February 6th, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya,
Pada hari ini saya nak kongsi sedikit tentang eksperimen yang kami lakukan. Saya dan rakan saya (Anonymous. Dia tak nak orang tau) atau GBS Team telah melakukan beberapa eksperimen dengan domain flipping ini. Seperti yang kami nyatakan di dalam produk formula X kami yang menggunakan niche X2, kami telah menggunakan niche yang lebih kurang sama tetapi di dalam market yang berbeza.
Baiklah, jika dalam formula X2 kami itu, kami lebih menekankan untuk menjual domain niche X2 di ebay, namun jualan di ebay juga agak berbahaya kerana pembeli selalunya ingin mendapatkan sesuatu dengan harga yang murah sahaja. Oleh itu, anda boleh terdedah kepada kerugian dan sebab itu kami telah membuat eksperimen di Sedo.
Bagaimana misi kami di sedo? Hehe….Nak ceritalah ni…
Baiklah, rakan saya telah mendapatkan sebuah domain .info yang sangat berharga. Kami bercadang menjualnya di Sedo. Untuk pengetahuan anda, nak jual domain di sedo ni tak boleh main redah je, ada beberapa cara yang perlu anda fahamkan kerana cara sedo ini agak pelik sedikit.
Baiklah, kami telah mengkaji bagaimana cara sedo berfungsi dan kami telah meletakkan domain yang kami ingin jual itu untuk dimasukkan dalam 7 Day Auction. Buat pengetahuan anda, nilai domain di sedo adalah sangat tinggi berbanding dengan Digital Point dan Ebay.
Pada hari yang ke 7, kami terkejut kerana telah mendapat tawaran sebanyak $70.(Banyak tu) Sebenarnya pasti ramai yang akan berasa hairan bagaiman domain . info ini berjaya dijual dengan harga yang mahal. Anda pasti tidak akan hairan jika anda sudah membaca panduan Formula X kami. Maka dengan jualan yang terhasil ini, kami amat berbangga kerana eksperimen di sedo berjaya. Alhamdulillah misi berjaya. Nantikan panduan bagaimana mengaplikasikan teknik formula X2 dengan sedo akan datang.
P/S:Nak tunjuk screenshot ke? Kalau ada permintaan saya tunjuk . LOLZ

nad
February 6th, 2009 at 9:35 am
nak la… wah… ble nak update dlm e-book formula X?
huhu…da lame beli, tapi smpai skrg xde masa nak aplikasi lagi….
MohdHilmi.com
February 6th, 2009 at 10:39 am
wah!! tahniah! nak tahu gak tekniknya ..
p/s: ada screenshot, lg ghairah..
Kaiba910
February 6th, 2009 at 11:02 am
Time kasih korang sume….insyaAllah kami akan cuba siapkan psl sedo tu secepat mungkin
peace
abdfatah
February 7th, 2009 at 7:42 am
bak sini skeren shortnya… meh sini aaa panduan sedo tu.
Kaiba910
February 7th, 2009 at 8:34 am
Nak panduan sedo? Meh sini aa 10 hinggit hehe.
Yg pembeli formula X insyaAllah akan dapat update. Kami baru habis testing. Blm mula tulis
abdfatah
February 7th, 2009 at 10:56 am
waaaa… kena bayau aaaa… small matter aaaa…
Kaiba910
February 7th, 2009 at 11:35 am
wuii small matter ke bro…hehe…aaa xde hal la hehe
Selalu cas 10 hinggit, tapi member punye psl, bro fatah bayar seratus je. Amacam? hehe
Faiz
February 8th, 2009 at 10:16 am
Wah… best nih…
nati siap inform saya tau… nak rembat satu, haha…
abdfatah
February 8th, 2009 at 12:20 pm
small matter time ada fulus laa… hehehehe
Kaiba910
February 8th, 2009 at 12:26 pm
Kitorg x terime fulus….ringgit je hehe
syuk
February 16th, 2009 at 2:25 pm
bro..cane nk setup sedo ek? sy dah try..tp dorg ckp, free email provider dorg xtrime..
bile korgnyr panduan nk kua nih?
Kaiba910
February 16th, 2009 at 4:40 pm
Sedo memang tidak menerima free email provider seperti gmail, yahoo dan hotmail. Syuk perlu menggunakan email dari domain syuk sendiri. Harap ini membantu
Sapikk
March 11th, 2009 at 11:04 pm
mcm bezzz je sedo ni.. aku da jumpe 1 domain ni.. hrp ko dpt bg formula tu..hehe.. peace!!!