JPA ke MARA ?? Arghh!!!!
Posted March 17th, 2009
![]() |
![]() |
Hmm…sebelum dapat result SPM hari tu, badan ni terketar-ketar ni. Takut dapat result teruk. Masa pergi sekolah tu, semua kena duduk dalam dewan. Ingatkan nak bagi result terus, tengok-tengok nak bagi result straight A dulu . Adehh!!!
Masa tu dalam hati dah pikir dah “Ah ni mesti takde nama aku ni”, lepas duduk dengar-dengar kejap….tibe-tibe dia sebut nama saya. Huh terkezut maa….Alhamdulillah, dapat straight A’s walaupun bukan A1 semua. Syukur sebab tak sangka boleh dapat result baik.
Sekarang masalah SPM sudah berlalu, ada beberapa masalah selepas SPM pulak. Arghhh…masalah!!! Bilakah ko akan pergi.. Banyak masalah ni. Antaranya:
- Minggu ni test JPJ, skill memandu dah berkarat pulak
- Nak apply JPA atau MARA? Ish pening-pening
- Nak akses biasiswa petronas tak dapat pulak
dan berbagai-bagai masalah lain. Yang paling penting adalah perlu setelkan test JPJ dan pilih scholarship JPA/MARA ni. Ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk pilih sama ada JPA atau MARA?
P/S: Minta tolong sangat-sangat doa untuk berjaya test JPJ ni, kalau fail malu daa…Haha….chowz



Nadiah Karim
April 21st, 2009 at 5:36 pm
Amik JPA best… Mara macam x reputable sangat sebab bersaing ngn anak melayu je nak dapat biasiswa… Tapi JPA agreement kene kerja kerajaan 5 tahun kn? Ok la tu at least dah confirm dapat kerja bila dah abis blaja nanti…cuma xboleh pilih la nak kerja apa….
btw, Tahniah ye Kaiba…
mantra
April 22nd, 2009 at 9:59 am
Congrates Kaiba! waw hebat2..terkenang waktu SPM dulu. Tak la sehebat kaiba dapat straight A kan.huhu..
Kaiba try la mintak scholarship Petronas,MISC,ESSO,Shell,Proton,Simedarby or what so ever tu?
Awak ada potensi ape…
dins
April 25th, 2009 at 10:32 pm
tahniah..semoga berjaya dalam bidang yg akan diceburi…JPA ke MARA ke.. semua ok jer…yg penting dapat terus melanjutkan pelajaran…tak de masalah reputable ke tak reputable.
Kaiba910
April 26th, 2009 at 3:00 am
Nadiah@: Huhu…MARA mmg kena bersaing dgn bumiputera. So semua equal chance la
Mantra@: Dah apply petronas dan dah pergi educamp. Tunggu result je
dins@: Tiada soal reputable atau tidak bro. Ini soal peluang utk yang mana lebih banyak peluang untuk mendapat tempat. Nak lanjutkan pelajaran kena tgk long term ni.
AmirulFaisyal
April 29th, 2009 at 3:43 pm
Firstly tahniah result segempak macam tu. Aku suggest JPA since aku sendiri JPA scholarship holder. Advantage JPA over MARA?
1. JPA fully scholarship, tapi MARA pinjaman boleh ubah. Maknanya kalau dapat MARA pun tak fully secure la.
2. Ko nak pegi mana? Oversea? Kalau nak pergi Jerman baik ambil JPA, sebab MARA min. requirement dia agak tinggi dari JPA. Untuk negara lain aku tak pasti tapi Jerman ni pengalaman aku sendiri.
3. JPA scholar dia banyak sikit dari MARA. Hoho, pakcik kayo!
Apapun at last up to you, kalau niat nak belajar, mana2 pun boleh ambil. Cuma kalau nak selesa sikit JPA jugakla aku cadang.
Kaiba910
April 30th, 2009 at 6:06 am
AmirulFaisyal@: Aku pilih JPA. Sbb dah kaji sikit-sikit dan dpt tau yang MARA convertible loan. Lagi satu, JPA negara yang dia offer lagi banyak.
Yezza, scholar JPA pun lagi banyak :p . Walaupun ramai kawan aku ambil MARA, aku tetap dengan JPA la. Tengah tunggu result minggu ketiga Mei ni
fakhri Boleh
May 15th, 2009 at 1:38 am
Hehe..mane2 pon ok..tapi kalau kau MARA, ko boleh keje kat oversea kalau kau nak…
sebab member2 aku kat sini semua macam tu..
Lepas ko abes degree ko leh pilih nak balik terus ke atau ko nak apply keje kat oversea..kalau JPA xleh..kau memang kene balik…
Fahmy
November 3rd, 2009 at 11:42 am
Kaiba,
tahniah diatas kejayaan anda…Caiyok2…. pegi je oversea, kaut ilmu byk2…then bw blik malaysia,kasi baik pny supaya mat saleh2 luar sana tabit sama malaysian….