Cabaran SEO “Melayu Boleh”
Posted April 19th, 2009
Memang hangat dan sensasi sekarang ini. Saya mempunyai misi yang agak besar iaitu untuk mendapatkan tempat di dalam 10 yang teratas dalam ranking google. Keyword yang digunakan bagi pertandingan SEO kali ini adalah Melayu Boleh.
Jika anda search melayu boleh pada search engine google, anda akan mendapati pelbagai laman web lucah yang sememangnya memalukan bangsa kita. Lebih-lebih lagi keyword tersebut bukanlah keyword yang lucah dan sebagainya tetapi telah diguna pakai oleh sesetengah pihak untuk mempromosikan bahan lucah mereka.
Jadi dalam pertandingan SEO kali ini, semua peserta akan cuba untuk membersihkan web-web lucah ini agar dinyahkan daripada search engine. Biarlah melayu boleh itu diisi dengan laman web yang menerangkan tentang kejayaan melayu. Saya sendiri menyertai pertandingan ini. Mari kita lihat dulu hadiah yang ditawarkan.
1. RM500 (tunai) + VideoUsahawan + (Pakej RM150 - 1 Minyak Lintah Sensaoil, 1 Sensa Vacuum Pump dan 1 Sensa Cream)
2. RM100(tunai) + free domain and 1 year free hosting + VideoUsahawan + (PAKEJ RM100 - 1 Minyak Lintah Sensaoil, 1 Ayuzip V-Gin Lotion dan 1 Sensa Ring Vibrator. )
3. Free domain and 1 year free hosting + videoUsahawan
Hoho, hadiah RM500 itu sudah tentunya target saya dan seorang rakan saya. Memang otai SEO tetapi kami agak berjaga-jaga dengan beberapa otai SEO yang lain. Berita gembiranya ialah, otai SEO Malaysia tidak menyertainya kerana beliau merupakan penganjur.
Pertandingan ini berlangsung selama dua bulan bermula dari 15/4/2009 - 15/6/2009 . Mereka yang ingin menyertai pertandingan ini bolehlah melawat laman web ini
Akhir kata, Melayu boleh . Sekian


