Buat Duit Cari Duit Di Internet

Archive for the Tips Perniagaan Category

Bagaimana Menilai Harga Website Anda?

Posted February 1st, 2009

Posted by Kaiba910

No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baiklah , sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengupdatekan blog ini. Maklumlah, saya terpaksa mengkaji tentang course apa yang akan saya ambil nanti dan saya juga sibuk dengan kelas memandu. Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis semula di blog ini.

Baiklah, saya ingin berkongsi beberapa tips dan tools dengan anda. Saya ingin memberi tips bagaimana menilai harga website anda (jika anda ingin menjualnya). Secara umum, kita menilai sesuatu website itu melalui beberapa faktor:

  • Trafik
  • Income
  • Keunikan
  • SEO
  • PR

Beberapa di atas adalah antara faktor utama yang akan menentukan tinggi rendahnya harga website anda. Selalunya , saya hanya memberi fokus pada trafik dan income. Contohnya:

Saya mempunyai website yang telah menjana $300 bagi bulan pertama. Maka berapakah harga website saya ini?

Soalan di atas adalah mudah. Anda boleh menjual website anda berdasarkan income beberapa bulan. Jika anda menjana $300 pada bulan pertama, maka anda boleh menjualnya dengan harga income selama 5 bulan iaitu $1500.

Income merupakan faktor utama yang akan dilihat oleh kebanyakan orang selain trafik. Jika anda mempunyai trafik yang tinggi, sudah semestinya anda boleh menjual website tersebut dengan harga yang tinggi. Ini bergantung kepada kualiti trafik dan potensi website tersebut.

Dari segi PR, SEO dan Keunikan, ianya hanyalah sebagai perisa tambahan. Dahulu saya pernah menjual sebuah website yang unik. Dengan modal yang sedikit, saya berjaya menjana sehingga $100+ . Cuba lihat screenshot di bawah. Ini saya lakukan semasa awal tahun 2008.

Ini menunjukkan website yang unik juga akan mendapat permintaan. Baiklah , jika anda mempunyai masalah untuk menilai harga website, apa kata anda cuba tools di bawah.

Cuba tools ini

Cara Anda Buat Duit Dengan Clickbank

Posted January 29th, 2009

Posted by Kaiba910

2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ini tahun baru cina baru sahaja menjelang dan saya tak sempat nak ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya. Selamat Tahun Baru Cina!!!

Baiklah, dalam post kali ini tak banyak benda yang ingin saya katakan. Post kali ini mungkin lebih kepada perbincangan. Saya ingin berbincang bersama anda semua tentang bagaimana anda menjana wang melalui clickbank. Apakah teknik promosi yang selalu anda lakukan?

Kebiasaannya teknik yang agak popular adalah:

  • Video Marketing
  • Pay Per Click
  • Forum Marketing

Adakah ada di antara anda yang menggunakan cara selain ini? Mungkin cara yang lebih unik seperti:

  • Yahoo Answers
  • Wiki How

Atau apa-apa cara lain. Harap dapat berkongsi di sini agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu untuk manfaat bersama.

Saya suka fast profit . Anda Pula?

Posted January 24th, 2009

Posted by Kaiba910

2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Saya di sini ingin berbincang tentang ‘fast proft’ . Seperti yang anda tahu, ‘fast profit’ bermaksud keuntungan cepat. Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang sukakan ‘fast profit‘ ni, mesti ramai yang sukakannya bukan? Baiklah dalam post kali ini saya ingin membincangkan tajuk tentang fast profit ini. Hehe…baca jangan tak baca.

Setakat ini ada dua teknik sahaja yang saya gunakan untuk menjana pendapatan. Dalam post kali ini, saya ingin menekankan tentang ‘website flipping‘ . Pernah dengar? Konsep website flipping ini sangat mudah. Kalau anda pernah membaca ebook tentang website flipping ini, mesti banyak tekankan ‘article based site’.

Secara ringkasnya, website flipping ini bermaksud membina dan menjual website. Terdapat banyak niche yang anda boleh pilih dalam proses website flipping ini. Kalau saya, saya kurang suka ‘article based site’ . Saya lebih suka memilih niche yang mudah.

Antara niche yang anda boleh pertimbangkan:

  • Game
  • Downloading Site
  • Filehosting site

Kalau saya, saya ada niche rahsia saya sendiri tetapi saya tak boleh dedahkan lagi. Hehe. Saya menyarankan niche di atas adalah kerana saya suka pada perkataan “Autopilot“. Anda semua pun mesti suka punya. Bagi niche “downloading site” , sudah pasti tidak memerlukan “maintenance” yang banyak. Contohnya, anda boleh lihat di sini:

http://forums.digitalpoint.com/showthread.php?t=1130315

Kenapa orang sanggup beli website yang baru buat tu? Sebabnya mudah sahaja. Mereka malas dan website sebegitu tidak memerlukan banyak maintenance dan bagi saya selepas promosi, maka trafik akan datang sendiri. Laman web sebegitu juga mudah untuk mendapat “returning visitors” kerana ianya menyediakan kemudahan yang mendapat permintaan.

Hehe….sekian sahaja post kali ini. Harap tips dan idea di atas dapat membantu. Sekian.

 


Theme Designed by Backlinks with thanks to Domeinnaam Registreren, Make Money and Affiliate Program
dfgdfgd