Buat Duit Cari Duit Di Internet

Archive for the Perniagaan Internet Category

Jana Wang Dengan BackyardStash

Posted April 11th, 2009

Posted by Kaiba910

14 Comments

Apa khabar semua pembaca blog aku. Hehe, lama dah tak update blog ini sebab aku memang betul-betul sibuk untuk uruskan permohonan kemasukan ke Universiti. Kadang-kadang saya akan mencuri sedikit masa untuk mencari sedikit wang sampingan di Internet.

Baiklah, post hari ini saya ingin berkongsi satu program yang menyeronokkan iaitu backyardstash. Konsep backyardstash ini adalah sangat unik dimana mereka menawarkan satu program yang ala-ala viral. Apa yang menariknya ialah, anda boleh mendapatkan komisyen ke paypal anda melalui dua cara.

Cara yang pertama:

  1. Anda sign up di bawah newsletter Zech dan confirmkan email anda. Kemudian anda akan diberi follow up email yang memberikan anda peluang untuk menyertai Pay Per Lead anjuran Zech.
  2. Bagi setiap orang yang anda dapatkan untuk menyertai newsletter Zech, anda akan dibayar sebanyak $1. Lumayan bukan?

Cara yang kedua:

  1. Haha, cara ini memang unik sekali. Anda tidak perlu sign up di dalam newsletter Zech. Sebaliknya, anda hanya perlu tekan pada link affiliate di bahagian bawah dan masukkan email paypal anda. Kemudian, satu link unik akan tercipta.
  2. Promosikan link tersebut kerana anda akan mendapat bayaran ke dalam paypal anda untuk setiap jualan yang terhasil. Lebih hebat lagi ialah anda mendapat duit masuk terus ke dalam paypal anda dan urusan penghantaran produk itu akan diuruskan secara automatik oleh sistem unik Zech ini.

Apa kelebihan lain menyertainya?

Selain daripada cara yang saya nyatakan di atas, anda juga berpeluang memuat turun pelbagai jenis produk percuma yang ditawarkan. Produk-produk yang ditawarkan semestinya adalah bernilai dan bagi saya, rebutlah peluang ini sementara Zech masih menawarkannya.

Jika anda ingin menyertainya juga, boleh pergi ke website ini. Klik sini

Income Lagi Dengan Website Flipping?

Posted February 16th, 2009

Posted by Kaiba910

3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Huhu…nampaknya sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini dengan post-post terkini. Maklumlah, kali ini saya agak sibuk dengan pelbagai kerja. Sekarang ini saya sedang sibuk cuba untuk menjadi top affiliate bagi produk terbaru saudara Jamal. Ya saudara Jamal sebelum ini lebih dikenali dengan nickname Makam Yang Lima melalui produk hitnya iaitu rahsia kamar.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kejayaan saya mencuba niche baru bagi website flipping ini. Saya sudah mencuba niche yang baru dan saya sebenarnya bercadang untuk membuat jangka masa sebulan bagi website ini agar dapat dijual dengan harga ratusan USD. Namun, keghairahan saya untuk menjual menyebabkan saya menjualnya sebelum umurnya cukup dua minggu.

Sebenarnya saya tidak melakukan banyak kerja sangat bagi website ini kerana saya telah mengupah beberapa orang bagi mengendalikannya. Apa yang pasti, saya berjaya menjual website tersebut dan masih untung meskipun telah mengupah orang untuk mengendalikannya. Sebenarnya, perancangan teliti amat penting dalam website flipping ini.

Baiklah, ini screenshot terkini untuk website tersebut. Tidak banyak, sikit je :) . Saya masih lagi mencuba niche ini dan akan lebih mendalaminya di masa akan datang.

Hmm…banyak juga yang dapat saya pelajari semasa cuba mendalami niche ini. Sebenarnya, anda dapat menjana keuntungan lebih jika anda rajin untuk niche ini. Hanya perlu 1 jam sahaja sehari.  Saya mensasarkan jika dengan melakukan kerja konsisten 1 jam sehari ini, dalam masa sebulan website ini akan dapat dijual dengan harga minimum $250 di sitepoint.  :D

Sebenarnya saya bercadang membuat formula X3 tetapi masih di dalam website flipping dan akan digabungkan di dalam formula X yang sedia ada. Dengan itu kami akan relaunchkan semula formula X . Perkara ini masih lagi dalam perancangan. Saya bercadang untuk mempunyai minisite sendiri bagi formula X ini dan mengadakan sistem affiliate untuk produk ini.

Baiklah sekian sahaja untuk post kali ini. Diharap anda semua dapat memanfaatkan sesuatu darinya. Huhu…selamat beramal :D

P/S:Bagi mereka yang inginkan update sedo, maafkan kami kerana masih belum mengeluarkannya. Ekoran kesibukan yang teramat sangat, kemungkinan ada sedikit kelewatan.

P/P/S: Kalau ada orang yang setuju untuk formula X ini mempunyai minisite dan sistem affiliate, sila-silalah tinggalkan komen anda. :)

Bagaimana Menilai Harga Website Anda?

Posted February 1st, 2009

Posted by Kaiba910

No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baiklah , sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengupdatekan blog ini. Maklumlah, saya terpaksa mengkaji tentang course apa yang akan saya ambil nanti dan saya juga sibuk dengan kelas memandu. Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis semula di blog ini.

Baiklah, saya ingin berkongsi beberapa tips dan tools dengan anda. Saya ingin memberi tips bagaimana menilai harga website anda (jika anda ingin menjualnya). Secara umum, kita menilai sesuatu website itu melalui beberapa faktor:

  • Trafik
  • Income
  • Keunikan
  • SEO
  • PR

Beberapa di atas adalah antara faktor utama yang akan menentukan tinggi rendahnya harga website anda. Selalunya , saya hanya memberi fokus pada trafik dan income. Contohnya:

Saya mempunyai website yang telah menjana $300 bagi bulan pertama. Maka berapakah harga website saya ini?

Soalan di atas adalah mudah. Anda boleh menjual website anda berdasarkan income beberapa bulan. Jika anda menjana $300 pada bulan pertama, maka anda boleh menjualnya dengan harga income selama 5 bulan iaitu $1500.

Income merupakan faktor utama yang akan dilihat oleh kebanyakan orang selain trafik. Jika anda mempunyai trafik yang tinggi, sudah semestinya anda boleh menjual website tersebut dengan harga yang tinggi. Ini bergantung kepada kualiti trafik dan potensi website tersebut.

Dari segi PR, SEO dan Keunikan, ianya hanyalah sebagai perisa tambahan. Dahulu saya pernah menjual sebuah website yang unik. Dengan modal yang sedikit, saya berjaya menjana sehingga $100+ . Cuba lihat screenshot di bawah. Ini saya lakukan semasa awal tahun 2008.

Ini menunjukkan website yang unik juga akan mendapat permintaan. Baiklah , jika anda mempunyai masalah untuk menilai harga website, apa kata anda cuba tools di bawah.

Cuba tools ini

Saya suka fast profit . Anda Pula?

Posted January 24th, 2009

Posted by Kaiba910

2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Saya di sini ingin berbincang tentang ‘fast proft’ . Seperti yang anda tahu, ‘fast profit’ bermaksud keuntungan cepat. Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang sukakan ‘fast profit‘ ni, mesti ramai yang sukakannya bukan? Baiklah dalam post kali ini saya ingin membincangkan tajuk tentang fast profit ini. Hehe…baca jangan tak baca.

Setakat ini ada dua teknik sahaja yang saya gunakan untuk menjana pendapatan. Dalam post kali ini, saya ingin menekankan tentang ‘website flipping‘ . Pernah dengar? Konsep website flipping ini sangat mudah. Kalau anda pernah membaca ebook tentang website flipping ini, mesti banyak tekankan ‘article based site’.

Secara ringkasnya, website flipping ini bermaksud membina dan menjual website. Terdapat banyak niche yang anda boleh pilih dalam proses website flipping ini. Kalau saya, saya kurang suka ‘article based site’ . Saya lebih suka memilih niche yang mudah.

Antara niche yang anda boleh pertimbangkan:

  • Game
  • Downloading Site
  • Filehosting site

Kalau saya, saya ada niche rahsia saya sendiri tetapi saya tak boleh dedahkan lagi. Hehe. Saya menyarankan niche di atas adalah kerana saya suka pada perkataan “Autopilot“. Anda semua pun mesti suka punya. Bagi niche “downloading site” , sudah pasti tidak memerlukan “maintenance” yang banyak. Contohnya, anda boleh lihat di sini:

http://forums.digitalpoint.com/showthread.php?t=1130315

Kenapa orang sanggup beli website yang baru buat tu? Sebabnya mudah sahaja. Mereka malas dan website sebegitu tidak memerlukan banyak maintenance dan bagi saya selepas promosi, maka trafik akan datang sendiri. Laman web sebegitu juga mudah untuk mendapat “returning visitors” kerana ianya menyediakan kemudahan yang mendapat permintaan.

Hehe….sekian sahaja post kali ini. Harap tips dan idea di atas dapat membantu. Sekian.

 


Theme Designed by Backlinks with thanks to Domeinnaam Registreren, Make Money and Affiliate Program
dfgdfgd