Income Lagi Dengan Website Flipping?
Posted February 16th, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Huhu…nampaknya sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini dengan post-post terkini. Maklumlah, kali ini saya agak sibuk dengan pelbagai kerja. Sekarang ini saya sedang sibuk cuba untuk menjadi top affiliate bagi produk terbaru saudara Jamal. Ya saudara Jamal sebelum ini lebih dikenali dengan nickname Makam Yang Lima melalui produk hitnya iaitu rahsia kamar.
Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kejayaan saya mencuba niche baru bagi website flipping ini. Saya sudah mencuba niche yang baru dan saya sebenarnya bercadang untuk membuat jangka masa sebulan bagi website ini agar dapat dijual dengan harga ratusan USD. Namun, keghairahan saya untuk menjual menyebabkan saya menjualnya sebelum umurnya cukup dua minggu.
Sebenarnya saya tidak melakukan banyak kerja sangat bagi website ini kerana saya telah mengupah beberapa orang bagi mengendalikannya. Apa yang pasti, saya berjaya menjual website tersebut dan masih untung meskipun telah mengupah orang untuk mengendalikannya. Sebenarnya, perancangan teliti amat penting dalam website flipping ini.
Baiklah, ini screenshot terkini untuk website tersebut. Tidak banyak, sikit je
. Saya masih lagi mencuba niche ini dan akan lebih mendalaminya di masa akan datang.
Hmm…banyak juga yang dapat saya pelajari semasa cuba mendalami niche ini. Sebenarnya, anda dapat menjana keuntungan lebih jika anda rajin untuk niche ini. Hanya perlu 1 jam sahaja sehari. Saya mensasarkan jika dengan melakukan kerja konsisten 1 jam sehari ini, dalam masa sebulan website ini akan dapat dijual dengan harga minimum $250 di sitepoint.
Sebenarnya saya bercadang membuat formula X3 tetapi masih di dalam website flipping dan akan digabungkan di dalam formula X yang sedia ada. Dengan itu kami akan relaunchkan semula formula X . Perkara ini masih lagi dalam perancangan. Saya bercadang untuk mempunyai minisite sendiri bagi formula X ini dan mengadakan sistem affiliate untuk produk ini.
Baiklah sekian sahaja untuk post kali ini. Diharap anda semua dapat memanfaatkan sesuatu darinya. Huhu…selamat beramal
P/S:Bagi mereka yang inginkan update sedo, maafkan kami kerana masih belum mengeluarkannya. Ekoran kesibukan yang teramat sangat, kemungkinan ada sedikit kelewatan.
P/P/S: Kalau ada orang yang setuju untuk formula X ini mempunyai minisite dan sistem affiliate, sila-silalah tinggalkan komen anda. ![]()

