Buat Duit Cari Duit Di Internet

Archive for the Diariku Category

JPA ke MARA ?? Arghh!!!!

Posted March 17th, 2009

Posted by Kaiba910

8 Comments

Hmm…sebelum dapat result SPM hari tu, badan ni terketar-ketar ni. Takut dapat result teruk. Masa pergi sekolah tu, semua kena duduk dalam dewan. Ingatkan nak bagi result terus, tengok-tengok nak bagi result straight A dulu . Adehh!!!

Masa tu dalam hati dah pikir dah “Ah ni mesti takde nama aku ni”, lepas duduk dengar-dengar kejap….tibe-tibe dia sebut nama saya. Huh terkezut maa….Alhamdulillah, dapat straight A’s walaupun bukan A1 semua. Syukur sebab tak sangka boleh dapat result baik.

Sekarang masalah SPM sudah berlalu, ada beberapa masalah selepas SPM pulak. Arghhh…masalah!!! Bilakah ko akan pergi.. Banyak masalah ni. Antaranya:

  • Minggu ni test JPJ, skill memandu dah berkarat pulak
  • Nak apply JPA atau MARA? Ish pening-pening
  • Nak akses biasiswa petronas tak dapat pulak

dan berbagai-bagai masalah lain. Yang paling penting adalah perlu setelkan test JPJ dan pilih scholarship JPA/MARA ni. Ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk pilih sama ada JPA atau MARA?

P/S: Minta tolong sangat-sangat doa untuk berjaya test JPJ ni, kalau fail malu daa…Haha….chowz

 


Theme Designed by Backlinks with thanks to Domeinnaam Registreren, Make Money and Affiliate Program
dfgdfgd