Buat Duit Cari Duit Di Internet

Bagaimana Menilai Harga Website Anda?

Posted February 1st, 2009

Posted by Kaiba910

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baiklah , sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengupdatekan blog ini. Maklumlah, saya terpaksa mengkaji tentang course apa yang akan saya ambil nanti dan saya juga sibuk dengan kelas memandu. Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis semula di blog ini.

Baiklah, saya ingin berkongsi beberapa tips dan tools dengan anda. Saya ingin memberi tips bagaimana menilai harga website anda (jika anda ingin menjualnya). Secara umum, kita menilai sesuatu website itu melalui beberapa faktor:

  • Trafik
  • Income
  • Keunikan
  • SEO
  • PR

Beberapa di atas adalah antara faktor utama yang akan menentukan tinggi rendahnya harga website anda. Selalunya , saya hanya memberi fokus pada trafik dan income. Contohnya:

Saya mempunyai website yang telah menjana $300 bagi bulan pertama. Maka berapakah harga website saya ini?

Soalan di atas adalah mudah. Anda boleh menjual website anda berdasarkan income beberapa bulan. Jika anda menjana $300 pada bulan pertama, maka anda boleh menjualnya dengan harga income selama 5 bulan iaitu $1500.

Income merupakan faktor utama yang akan dilihat oleh kebanyakan orang selain trafik. Jika anda mempunyai trafik yang tinggi, sudah semestinya anda boleh menjual website tersebut dengan harga yang tinggi. Ini bergantung kepada kualiti trafik dan potensi website tersebut.

Dari segi PR, SEO dan Keunikan, ianya hanyalah sebagai perisa tambahan. Dahulu saya pernah menjual sebuah website yang unik. Dengan modal yang sedikit, saya berjaya menjana sehingga $100+ . Cuba lihat screenshot di bawah. Ini saya lakukan semasa awal tahun 2008.

Ini menunjukkan website yang unik juga akan mendapat permintaan. Baiklah , jika anda mempunyai masalah untuk menilai harga website, apa kata anda cuba tools di bawah.

Cuba tools ini

Comments

No Comments

Submit Comment

Name *

Mail *

Website


Theme Designed by Backlinks with thanks to Domeinnaam Registreren, Make Money and Affiliate Program
dfgdfgd