Bagaimana Dengan Bisnes Anda?
Posted February 5th, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hmm….maaflah kalau kebelakangan ini saya jarang menulis sebarang post. Bukan ape, sibuk sikit ni. Nak apply UPU, tengok kursus apa yang bagus, lesen kereta, nak main futsal dan bermacam-macam hal yang terpaksa saya lakukan. Alhamdulillah, hari ni dapat kesempatan buat post.
Baiklah, hari ini saya ingin bertanya para pembaca tentang bagaimana dengan bisnes anda ketika ini? Saya lihat sekarang ini ada di antara mereka yang pendapatannya terjejas dan ada juga yang melonjak. Saya sendiri sudah agak sibuk untuk melakukan perniagaan Internet. Namun saya sempat mencuri sedikit masa bagi melaksanakan projek saya yang sudah lama terbengkalai.
Hehe….nak tahu apa projek saya? Ehem ehem…sudah tentunya website flipping. (Minat punya pasal daa). Saya sudah memulakan proses untuk develop website saya yang baru ini. Setakat ini ia menunjukkan hasil yang positif. Hari pertama promosi dah dpt 1k+ UV. Hohoho….bangga betul. Saya bercadang menjual website ini pada minggu hadapan, doakan saya berjaya.
Saya sudah menceritakan tentang bisnes saya sekarang ini. Anda pula bagaimana? Pasti ada di antara anda yang sudi berkongsi idea, tips atau pengalaman anda. Jangan lupa tinggalkan komen ![]()

No Comments