Buat Duit Cari Duit Di Internet

Author Archive

Cabaran SEO “Melayu Boleh”

Posted April 19th, 2009

Posted by Kaiba910

1 Comment

Memang hangat dan sensasi sekarang ini. Saya mempunyai misi yang agak besar iaitu untuk mendapatkan tempat di dalam 10 yang teratas dalam ranking google. Keyword yang digunakan bagi pertandingan SEO kali ini adalah Melayu Boleh.

Jika anda search melayu boleh pada search engine google, anda akan mendapati pelbagai laman web lucah yang sememangnya memalukan bangsa kita. Lebih-lebih lagi keyword tersebut bukanlah keyword yang lucah dan sebagainya tetapi telah diguna pakai oleh sesetengah pihak untuk mempromosikan bahan lucah mereka.

Jadi dalam pertandingan SEO kali ini, semua peserta akan cuba untuk membersihkan web-web lucah ini agar dinyahkan daripada search engine. Biarlah melayu boleh itu diisi dengan laman web yang menerangkan tentang kejayaan melayu. Saya sendiri menyertai pertandingan ini. Mari kita lihat dulu hadiah yang ditawarkan.

1. RM500 (tunai) + VideoUsahawan + (Pakej RM150 - 1 Minyak Lintah Sensaoil, 1 Sensa Vacuum Pump dan 1 Sensa Cream)

2. RM100(tunai) + free domain and 1 year free hosting + VideoUsahawan + (PAKEJ RM100 - 1 Minyak Lintah Sensaoil, 1 Ayuzip V-Gin Lotion dan 1 Sensa Ring Vibrator. )

3. Free domain and 1 year free hosting + videoUsahawan

Hoho, hadiah RM500 itu sudah tentunya target saya dan seorang rakan saya. Memang otai SEO tetapi kami agak berjaga-jaga dengan beberapa otai SEO yang lain. Berita gembiranya ialah, otai SEO Malaysia tidak menyertainya kerana beliau merupakan penganjur.

Pertandingan ini berlangsung selama dua bulan bermula dari 15/4/2009 - 15/6/2009 . Mereka yang ingin menyertai pertandingan ini bolehlah melawat laman web ini

Akhir kata, Melayu boleh . Sekian

Jana Wang Dengan BackyardStash

Posted April 11th, 2009

Posted by Kaiba910

14 Comments

Apa khabar semua pembaca blog aku. Hehe, lama dah tak update blog ini sebab aku memang betul-betul sibuk untuk uruskan permohonan kemasukan ke Universiti. Kadang-kadang saya akan mencuri sedikit masa untuk mencari sedikit wang sampingan di Internet.

Baiklah, post hari ini saya ingin berkongsi satu program yang menyeronokkan iaitu backyardstash. Konsep backyardstash ini adalah sangat unik dimana mereka menawarkan satu program yang ala-ala viral. Apa yang menariknya ialah, anda boleh mendapatkan komisyen ke paypal anda melalui dua cara.

Cara yang pertama:

  1. Anda sign up di bawah newsletter Zech dan confirmkan email anda. Kemudian anda akan diberi follow up email yang memberikan anda peluang untuk menyertai Pay Per Lead anjuran Zech.
  2. Bagi setiap orang yang anda dapatkan untuk menyertai newsletter Zech, anda akan dibayar sebanyak $1. Lumayan bukan?

Cara yang kedua:

  1. Haha, cara ini memang unik sekali. Anda tidak perlu sign up di dalam newsletter Zech. Sebaliknya, anda hanya perlu tekan pada link affiliate di bahagian bawah dan masukkan email paypal anda. Kemudian, satu link unik akan tercipta.
  2. Promosikan link tersebut kerana anda akan mendapat bayaran ke dalam paypal anda untuk setiap jualan yang terhasil. Lebih hebat lagi ialah anda mendapat duit masuk terus ke dalam paypal anda dan urusan penghantaran produk itu akan diuruskan secara automatik oleh sistem unik Zech ini.

Apa kelebihan lain menyertainya?

Selain daripada cara yang saya nyatakan di atas, anda juga berpeluang memuat turun pelbagai jenis produk percuma yang ditawarkan. Produk-produk yang ditawarkan semestinya adalah bernilai dan bagi saya, rebutlah peluang ini sementara Zech masih menawarkannya.

Jika anda ingin menyertainya juga, boleh pergi ke website ini. Klik sini

JPA ke MARA ?? Arghh!!!!

Posted March 17th, 2009

Posted by Kaiba910

8 Comments

Hmm…sebelum dapat result SPM hari tu, badan ni terketar-ketar ni. Takut dapat result teruk. Masa pergi sekolah tu, semua kena duduk dalam dewan. Ingatkan nak bagi result terus, tengok-tengok nak bagi result straight A dulu . Adehh!!!

Masa tu dalam hati dah pikir dah “Ah ni mesti takde nama aku ni”, lepas duduk dengar-dengar kejap….tibe-tibe dia sebut nama saya. Huh terkezut maa….Alhamdulillah, dapat straight A’s walaupun bukan A1 semua. Syukur sebab tak sangka boleh dapat result baik.

Sekarang masalah SPM sudah berlalu, ada beberapa masalah selepas SPM pulak. Arghhh…masalah!!! Bilakah ko akan pergi.. Banyak masalah ni. Antaranya:

  • Minggu ni test JPJ, skill memandu dah berkarat pulak
  • Nak apply JPA atau MARA? Ish pening-pening
  • Nak akses biasiswa petronas tak dapat pulak

dan berbagai-bagai masalah lain. Yang paling penting adalah perlu setelkan test JPJ dan pilih scholarship JPA/MARA ni. Ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk pilih sama ada JPA atau MARA?

P/S: Minta tolong sangat-sangat doa untuk berjaya test JPJ ni, kalau fail malu daa…Haha….chowz

Cerita Yusuff….adakah serupa dengan kisah Nabi Yusuf?

Posted March 11th, 2009

Posted by Kaiba910

2 Comments

Baru-baru ini ada cerita baru di TV3, pukul 10.30 malam . Dalam slot samarinda kalau tak silap. Memang seronok kalau tengok. Tajuk cerita tu “Yusuff” . Mula-mula tengok memang nampak macam ada jalan cerita yang seronok.

Sekarang bila cerita tu dah sampai pertengahan, baru mula nampak macam ada persamaan dengan kisah Nabi Yusuf. Lagi-lagi sinopsis hari ini cakap Yusuf dibuang ke dalam perigi oleh abang-abangnya. Woo…kejam. Lepas itu , ada ketua gengster jumpa Yusuff.

Hmm…agak-agak korang ada persamaan ke? Tunggu dan lihat nanti. 10.30 malam TV3, Selasa hingga Khamis. :D Layan jangan tak layan

P/S: Bisnes, bisnes jugak. Jangan asyik duduk depan PC je. Jom layan cerita Yusuf . Sorila post kali ini tiada kena mengena dengan bisnes. ;)

Pening pale la pulok!! Sape ade idea buat duit ?

Posted March 11th, 2009

Posted by Kaiba910

10 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Adeh , kali ni x tau nak post pasal ape. Sebab kepala tengah serabut jugak ni, tambah-tambah lagi esok nak ambik keputusan SPM. So, sementara tunggu nak ambil result tu, saya just kaji-kaji sahaja tentang idea-idea bisnes yang baru. Ada dapat beberapa dan insyaAllah akan diaplikasikan.

Aduii, pening pale ni. Ade sape-sape tahu cara-cara untuk hilangkan pening kepala ni? Mungkin banyak sangat fikir pasal IM kot, mungkin terpaksa kurangkan lepas ini.

Sebenarnya post kali ini saja je nak borak, so bahasa tu sempoi sikit la. Ok kita masukkan sedikit tip bisnes. Di zaman kegawatan sekarang ini, bagaimana korang rasa cara terbaik untuk buat duit ? Tak kira la online ke, offline ke..yang penting dapat hadapi kegawatan ekonomi ini.

Sebenarnya , sekarang ini kena mula cari idea untuk bisnes ribu-ribu. Tak boleh main kecil-kecil punya. RM10 pun akan jadi kecil nilainya tak lama lagi. Harap anda semua ada pelan bagi menghadapi semua itu. Kalau untuk sekarang ini, aku harap dapat bantu mak ayah aku . Mesti balas jasa diorang. Aku kena cari duit banyak-banyak sebagai salah satu cara untuk kurangkan beban

Buat duit di internet sekarang ini sudah menjadi semakin kompetitif lebih-lebih lagi di peringkat global. Jadi untuk itu, ramai IM tempatan sekarang banyak tumpu pada pasaran tempatan. Korang rasa apa idea-idea buat duit untuk pasaran tempatan ?

Ini hasil pemerhatian aku untuk cara buat duit yang popular sekarang:

  • Seminar
  • Personal Coaching
  • Ebook

Jadi kalau kita lihat ebook sudah semestinya bersepah-sepah di internet. Jadi alternatif mereka ialah mengadakan seminar dan personal coaching. Selalu yang buat semua ini kebanyakannya Internet Marketer yang establish kerana mempunyai reputasi yang baik.

Jadi ada sesiapa lagi yang ada idea tentang konsep perniagaan yang baik? Sila-silalah kongsi bersama :D

Masalah Sedikit

Posted March 2nd, 2009

Posted by Kaiba910

No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ini lebih kepada pemberitahuan. Oleh sebab terdapat beberapa kekangan dan masalah, nampaknya ebook untuk mengaplikasikan formula X dengan sedo tidak dapat diteruskan. Kami memohon maaf pada mereka yang tertunggu-tunggu kerana sebenarnya terdapat banyak kekangan yang menghalang kami daripada melaksanakannya.

Kami tidak pasti sama ada akan mengupdatekan Formula X ini lagi atau tidak, segalanya bergantung pada keadaan semasa. InsyaAllah, saya rasa dengan Formula X yang sedia ada ini pun , anda masih boleh menjana wang daripadanya. Jika kami ingin memberi update kepada Formula X, maka insyaAllah kami akan membuat pengumuman di sini.

Kami memohon maaf pada mereka yang menantikan update dari kami ini. Jika ada salah silap maafkan dan halalkan segalanya.

Sekian.

Income Lagi Dengan Website Flipping?

Posted February 16th, 2009

Posted by Kaiba910

3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Huhu…nampaknya sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini dengan post-post terkini. Maklumlah, kali ini saya agak sibuk dengan pelbagai kerja. Sekarang ini saya sedang sibuk cuba untuk menjadi top affiliate bagi produk terbaru saudara Jamal. Ya saudara Jamal sebelum ini lebih dikenali dengan nickname Makam Yang Lima melalui produk hitnya iaitu rahsia kamar.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kejayaan saya mencuba niche baru bagi website flipping ini. Saya sudah mencuba niche yang baru dan saya sebenarnya bercadang untuk membuat jangka masa sebulan bagi website ini agar dapat dijual dengan harga ratusan USD. Namun, keghairahan saya untuk menjual menyebabkan saya menjualnya sebelum umurnya cukup dua minggu.

Sebenarnya saya tidak melakukan banyak kerja sangat bagi website ini kerana saya telah mengupah beberapa orang bagi mengendalikannya. Apa yang pasti, saya berjaya menjual website tersebut dan masih untung meskipun telah mengupah orang untuk mengendalikannya. Sebenarnya, perancangan teliti amat penting dalam website flipping ini.

Baiklah, ini screenshot terkini untuk website tersebut. Tidak banyak, sikit je :) . Saya masih lagi mencuba niche ini dan akan lebih mendalaminya di masa akan datang.

Hmm…banyak juga yang dapat saya pelajari semasa cuba mendalami niche ini. Sebenarnya, anda dapat menjana keuntungan lebih jika anda rajin untuk niche ini. Hanya perlu 1 jam sahaja sehari.  Saya mensasarkan jika dengan melakukan kerja konsisten 1 jam sehari ini, dalam masa sebulan website ini akan dapat dijual dengan harga minimum $250 di sitepoint.  :D

Sebenarnya saya bercadang membuat formula X3 tetapi masih di dalam website flipping dan akan digabungkan di dalam formula X yang sedia ada. Dengan itu kami akan relaunchkan semula formula X . Perkara ini masih lagi dalam perancangan. Saya bercadang untuk mempunyai minisite sendiri bagi formula X ini dan mengadakan sistem affiliate untuk produk ini.

Baiklah sekian sahaja untuk post kali ini. Diharap anda semua dapat memanfaatkan sesuatu darinya. Huhu…selamat beramal :D

P/S:Bagi mereka yang inginkan update sedo, maafkan kami kerana masih belum mengeluarkannya. Ekoran kesibukan yang teramat sangat, kemungkinan ada sedikit kelewatan.

P/P/S: Kalau ada orang yang setuju untuk formula X ini mempunyai minisite dan sistem affiliate, sila-silalah tinggalkan komen anda. :)

Misi Berjaya

Posted February 6th, 2009

Posted by Kaiba910

13 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya,

Pada hari ini saya nak kongsi sedikit tentang eksperimen yang kami lakukan. Saya dan rakan saya (Anonymous. Dia tak nak orang tau) atau GBS Team telah melakukan beberapa eksperimen dengan domain flipping ini. Seperti yang kami nyatakan di dalam produk formula X kami yang menggunakan niche X2, kami telah menggunakan niche yang lebih kurang sama tetapi di dalam market yang berbeza.

Baiklah, jika dalam formula X2 kami itu, kami lebih menekankan untuk menjual domain niche X2 di ebay, namun jualan di ebay juga agak berbahaya kerana pembeli selalunya ingin mendapatkan sesuatu dengan harga yang murah sahaja. Oleh itu, anda boleh terdedah kepada kerugian dan sebab itu kami telah membuat eksperimen di Sedo.

Bagaimana misi kami di sedo? Hehe….Nak ceritalah ni…

Baiklah, rakan saya telah mendapatkan sebuah domain .info yang sangat berharga. Kami bercadang menjualnya di Sedo. Untuk pengetahuan anda, nak jual domain di sedo ni tak boleh main redah je, ada beberapa cara yang perlu anda fahamkan kerana cara sedo ini agak pelik sedikit.

Baiklah, kami telah mengkaji bagaimana cara sedo berfungsi dan kami telah meletakkan domain yang kami ingin jual itu untuk dimasukkan dalam 7 Day Auction. Buat pengetahuan anda, nilai domain di sedo adalah sangat tinggi berbanding dengan Digital Point dan Ebay.

Pada hari yang ke 7, kami terkejut kerana telah mendapat tawaran sebanyak $70.(Banyak tu) Sebenarnya pasti ramai yang akan berasa hairan bagaiman domain . info ini berjaya dijual dengan harga yang mahal. Anda pasti tidak akan hairan jika anda sudah membaca panduan Formula X kami. Maka dengan jualan yang terhasil ini, kami amat berbangga kerana eksperimen di sedo berjaya. Alhamdulillah misi berjaya. Nantikan panduan bagaimana mengaplikasikan teknik formula X2 dengan sedo akan datang.
P/S:Nak tunjuk screenshot ke? Kalau ada permintaan saya tunjuk . LOLZ

Bagaimana Dengan Bisnes Anda?

Posted February 5th, 2009

Posted by Kaiba910

No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hmm….maaflah kalau kebelakangan ini saya jarang menulis sebarang post. Bukan ape, sibuk sikit ni. Nak apply UPU, tengok kursus apa yang bagus, lesen kereta, nak main futsal dan bermacam-macam hal yang terpaksa saya lakukan. Alhamdulillah, hari ni dapat kesempatan buat post.

Baiklah, hari ini saya ingin bertanya para pembaca tentang bagaimana dengan bisnes anda ketika ini? Saya lihat sekarang ini ada di antara mereka yang pendapatannya terjejas dan ada juga yang melonjak. Saya sendiri sudah agak sibuk untuk melakukan perniagaan Internet. Namun saya sempat mencuri sedikit masa bagi melaksanakan projek saya yang sudah lama terbengkalai.

Hehe….nak tahu apa projek saya? Ehem ehem…sudah tentunya website flipping. (Minat punya pasal daa). Saya sudah memulakan proses untuk develop website saya yang baru ini. Setakat ini ia menunjukkan hasil yang positif. Hari pertama promosi dah dpt 1k+ UV. Hohoho….bangga betul. Saya bercadang menjual website ini pada minggu hadapan, doakan saya berjaya.

Saya sudah menceritakan tentang bisnes saya sekarang ini. Anda pula bagaimana? Pasti ada di antara anda yang sudi berkongsi idea, tips atau pengalaman anda. Jangan lupa tinggalkan komen ;)

Bagaimana Menilai Harga Website Anda?

Posted February 1st, 2009

Posted by Kaiba910

No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baiklah , sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengupdatekan blog ini. Maklumlah, saya terpaksa mengkaji tentang course apa yang akan saya ambil nanti dan saya juga sibuk dengan kelas memandu. Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis semula di blog ini.

Baiklah, saya ingin berkongsi beberapa tips dan tools dengan anda. Saya ingin memberi tips bagaimana menilai harga website anda (jika anda ingin menjualnya). Secara umum, kita menilai sesuatu website itu melalui beberapa faktor:

  • Trafik
  • Income
  • Keunikan
  • SEO
  • PR

Beberapa di atas adalah antara faktor utama yang akan menentukan tinggi rendahnya harga website anda. Selalunya , saya hanya memberi fokus pada trafik dan income. Contohnya:

Saya mempunyai website yang telah menjana $300 bagi bulan pertama. Maka berapakah harga website saya ini?

Soalan di atas adalah mudah. Anda boleh menjual website anda berdasarkan income beberapa bulan. Jika anda menjana $300 pada bulan pertama, maka anda boleh menjualnya dengan harga income selama 5 bulan iaitu $1500.

Income merupakan faktor utama yang akan dilihat oleh kebanyakan orang selain trafik. Jika anda mempunyai trafik yang tinggi, sudah semestinya anda boleh menjual website tersebut dengan harga yang tinggi. Ini bergantung kepada kualiti trafik dan potensi website tersebut.

Dari segi PR, SEO dan Keunikan, ianya hanyalah sebagai perisa tambahan. Dahulu saya pernah menjual sebuah website yang unik. Dengan modal yang sedikit, saya berjaya menjana sehingga $100+ . Cuba lihat screenshot di bawah. Ini saya lakukan semasa awal tahun 2008.

Ini menunjukkan website yang unik juga akan mendapat permintaan. Baiklah , jika anda mempunyai masalah untuk menilai harga website, apa kata anda cuba tools di bawah.

Cuba tools ini

« Older Entries  


Theme Designed by Backlinks with thanks to Domeinnaam Registreren, Make Money and Affiliate Program
dfgdfgd